Search
Sunday 19 November 2017
  • :
  • :

PENGHANTARAN PERCUMA

SISTEM PENGHANTARAN

 

 

Cara Penghantaran

Penghantaran produk saudara akan di hantar sebaik saja setelah pengesahan dan pembayaran telah dilakukan. Untuk pengetahuan saudara, produk tersebut mengambil masa 1 – 3 hari untuk tiba setelah bayaran disahkan. Jika jauh dari Pusat Poslaju ia akan mengambil masa 2 – 5 hari bergantung kepada jarak alamat anda dengan pusat poslaju. Ini adalah kerana alamat saudara itu berada di luar kawasan kendalian Poslaju. Mereka akan memberikannya kepada Pos Malaysia kerana lokasi jangkauannya lebih mendalam. Jadi jangan risau sekiranya pesanan anda lewat tiba.

Segala sistem penghantaran produk kami, mengunakan pos laju, bermakna akan dihantar dan tiba secepat mungkin kecuali gangguan bencana alam atau luar dugaan.

Penghantaran kami akan dilakukan pada waktu berkerja sahaja bermaksud, jika ada hari perayaan melibatkan cuti pejabat pos pihak kami terpaksa menunggu pada hari seterusnya.

Setiap tempahan yang dibuat selepas jam 13.00 petang pada hari berkerja bermakna produk tersebut akan dipos pada keesokkan harinya. Jika produk tersebut ditempah sebelum jam 13.00ptg bermakna ia akan dihantar pada hari tersebut. Anda boleh hubungi kami sekiranya kami masih sempat menghantarnya bergantung kepada sistem pemungutan bungkusan oleh Poslaju.

Pihak kami akan memaklumkan jika berlaku sebarang kelewatan atau sebagainya kepada saudara.

Bagi menjaga privasi anda, tiada sebarang perkataan yang lengkap tertulis menyatakan isi kandung produk. Kami meletakkan kod atau souviner sahaja pada borang poslaju.

 

Cara Bungkusan Dilakukan??

Pihak kami berusaha untuk membantu pelanggan kami demi menjaga privasi mereka dengan memastikan bungkusan produk yang dibuat tidak dapat menggambarkan sebarang isi kandungannya. Ikuti lah langkah-langkah bungkusan dibuat.

1. Pertama sekali produk tersebut akan dimasukkan ke dalam sampul atau dibungkus dengan kertas bergantung pada saiz produk jika saiznya besar ataupun kecil.

2. Sampul itu kemudiannya akan di”seal”secara kemas dan terbaik

3. Kemudian akan dimasukkan ke dalam beg pos laju seperti yang dibekalkan di pejabat pos.

4. Akhir sekali beg tersebut akan di “seal” secara kemas dan sedia untuk dihantar kepada saudara.

 

Semasa penerimaan bungkusan tersebut, saudara akan dipastikan penerimaan barang tersebut tidak mempunyai sebarang tulisan atau cop (kecuali nama anda) pada bungkusan bagi menjaga privasi anda.

Kami juga membuat penghantaran menggunakan poslaju bermakna barang tersebut tidak dapat dituntut oleh orang lain kecuali si penerima jadi produk tersebut pasti selamat ditangan anda.

Jikalau anda tidak berada dirumah/pejabat semasa penghantaran di lakukan, pihak pos laju akan meninggalkan nota supaya anda boleh menuntut produk di pejabat pos laju.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *