VAGINISMUS – Kekejangan Otot Vagina

Apa itu Vaginismus?

Vaginismus adalah keadaan tekanan psikologi yang menunjukkan dirinya dalam bentuk respon fizikal yang sangat kuat. Bila saja ada suatu usaha untuk melakukan penetrasi pada vagina, otot-otot yang mengelilingi lubang masuknya akan mengalami kekejangan yang tidak disengajakan.

Beberapa wanita mungkin dengan mudah, terangsang dan menikmati orgasme, tetapi kerana beberapa alasan proses penetrasi masih tidak memungkinkan. Yang lainnya, kemungkinan mempunyai kecenderungan yang kecil terhadap seks, dan ketakutan serta kekhuatiran yang besar tentang penetrasi.

Beberapa wanita mungkin mengalami keadaan ini pada keseluruhan kehidupan dewasa mereka, untuk yang lainnya mungkin muncul setelah mengalami sesuatu trauma atau dalam hubungan tertentu. Vaginismus dapat menimbulkan kesan yang merugikan pada kualiti kehidupan seseorang wanita. Tidak hanya menjadikannya sulit untuk menikmati hubungan seks, tetapi ketidak-mampuan mengalami penetrasi menyebabkan keputusan untuk membina sesebuah keluarga menjadi sangat sulit.

.

Apa penyebab Vaginismus?

Ada banyak sekali penyebabnya. Meski pun tidak ada satupun yang bersifat fizikal, jika Anda mengalami hubungan seks yang menyakitkan pada masa lalu, vaginismus adalah respon tanpa disengajakan untuk menghindari pengalaman rasa sakit tersebut.

.

Penyebab psikologis Vaginismus secara umumnya dapat dibahagi kepada 3 kategori:

1. Nasihat yang tidak membantu tentang seks

Sepanjang masa kecil, kita semua sering mendengar pesanan yang bercampur aduk tentang seks. Beberapa wanita mungkin dibesarkan dengan anggapan perlakuan seks adalah sesuatu yang buruk dan berbahaya. Anda mungkin pernah diberitahu untuk tidak mengizinkan sesiapa saja untuk menyentuh kawasan dan bahagian tertentu pada tubuh Anda, atau diingatkan bahawa Anda akan hamil jika ada orang yang menyentuhnya. Adanya budaya kuat atau hal tabu dalam kepercayaan yang membuat Anda merasa bersalah atau malu bila saja Anda merasakan ghairah seksual. Akil baligh mungkin dihubungkan dengan perasaan kotor atau yang memalukan. Jika tidak ada pendidikan seks yang secukupnya, wanita akan beranggapan bahawa untuk menjadi seorang dewasa mestilah dengan secara fizikal, keadaan ini akan mengakibatkan sukarnya untuk mendapat penetrasi. Anda mungkin akan beranggapan bahawa seks itu menyakitkan.

2. Pengalaman trauma

Sekiranya sepanjang kehidupan anda, Anda pernah mengalami kejadian trauma yang ada hubungan dengan seksualiti atau daerah genital, vaginismus akan muncul sebagai respon perlindungan terhadap rasa sakit yang lebih lanjut. Pengalaman ini mungkin berupa hubungan yang menyakitkan dengan pasangan sebelumnya, mungkin juga kejadian menyakitkan dengan doktor atau perawat yang melakukan pemeriksaan internal rutin. Pada yang lain, vaginismus timbul sebagai akibat dari pemerkosaan atau pencabulan seksual.

3. Masalah pada hubungan

Ada kemungkinan terdapat kekhuatiran yang belum diselesaikan antara Anda dengan pasangan anda yang boleh menyebabkan atau setidak-tidaknya memberikan kontribusi pada vaginismus. Jika Anda tidak puas hati terhadap sesuatu hal dalam perhubungan Anda, berbicara dan berbincanglah bersama dan cubalah memecahkan kebuntuan masalah yang ada.

Mendapatkan bantuan bagi masalah Vaginismus

Berita baiknya adalah vaginismus adalah keadaan yang dapat disembuhkan dengan cara mendapatkan bantuan yang sesuai. Bertemu dan berbincanglah dengan doktor Anda. Anda mungkin akan meny edari bahawa sokongan dan bimbingan dari seorang ahli terapi psikoseksual dapat membantu Anda memahami apa penyebab dari masalah ini dan bagaimana cara terbaik untuk mengatasinya.

.

Teknik mengatasi Vaginismus melalui diri sendiri

Rileks.
Ini adalah hal terpenting yang dapat Anda lakukan. Mandilah untuk melakukan rileksasi, berlatihlah teknik pernafasan dan dengarlah muzik yang dapat membuat Anda merasa rileks.

Fahamilah kelakuan tubuh badan Anda dengan lebih baik.
Latihlah otot vagina Anda. Ini akan membantu Anda agar boleh mengawal respon Anda. Pusatkan waktu Anda untuk menikmati sensasi menyenangkan dari sentuhan dan pastikan Anda sudah benar-benar terangsang sebelum mencuba untuk menerima penetrasi.

(Teknik seterusnya mungkin kurang disenangi oleh beberapa pihak – tetapi ini mungkin boleh dijadikan sebagai pilihan terakhir) Ketika Anda dalam keadaan santai, cubalah dalam beberapa waktu untuk cuba melakukan sendiri penetrasi pada vagina Anda. Anda dapat memulainya dengan sesuatu seperti cotton bud atau hujung jari Anda. Setelah kepercayaan diri Anda makin berkembang, tingkatkan dengan mencuba satu jari penuh dan kemudian cubalah dengan jari pasangan Anda.

Pakailah alat bantuan seks untuk vagina. (Ingat! Ka edah ini mungkin pilihan anda yang terakhir)
Ada 4 kerucut lembut yang berbentuk penis, yang pelbagai ukuran dan panjangnya. Terdapat pegangan dan jelly pelincir untuk membantu saat ianya dimasukkan. Dengan mencuba-cuba beberapa ukuran yang ada pada ketika bersendirian di rumah Anda, ianya akan membangkitkan kepercayaan dan kemampuan Anda.

Terpulang kepada peribadi masing2 untuk menerima ka edah yang disarankan di atas. Jalan yang terbaik adalah dengan cara bertemu dan mendapatkan nasihat daripada pakar Kaunseling Keluarga atau doktor peribadi anda…

Republished by Blog Post Promoter




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *