Pil terkini atasi masalah lelaki mati pucuk tahan 18 jam

Pil terkini atasi masalah lelaki mati pucuk tahan 18 jam

Pil terkini atasi masalah lelaki mati pucuk tahan 18 jam

KUALA LUMPUR 10 Mei – Satu lagi pil penawar kepada masalah mati pucuk yang dipercayai mampu bertindak lebih cepat iaitu antara 15 hingga 25 minit selepas dimakan, akan dilancarkan.

 

Penawar mati pucuk yang dikenali dengan nama kimianya, vardenafil HCI itu juga mampu bertahan lebih lama dalam badan iaitu antara 12 hingga 18 jam.

Pil yang membawa satu lagi berita gembira kepada golongan lelaki di negara ini yang berdepan dengan dilema itu telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan.

Sumber dari syarikat farmaseutikal, Glaxosmith Kline, peng edar pil itu di Malaysia ketika dihubungi memberitahu, ia merupakan terapi oral ketiga untuk mengatasi masalah mati pucuk.

“Kajian menunjukkan pesakit yang mendapat rangsangan seksual boleh mencapai ereksi kira-kira 10 minit selepas memakan ubat ini dan boleh melakukan hubungan seks dalam tempoh 12 jam,” katanya.

Pil ini bagaimanapun, hanya boleh dimakan sebiji setiap hari.

Sumber tersebut memberitahu, vardenafil akan bertindak membantu merehatkan saluran darah pada zakar dengan meningkatkan aliran darah ke bahagian terbabit, sekali gus berlakunya ereksi.

“Secara umum, fungsi vardenafil tidak terjejas jika pesakit mengambilnya selepas makan malam atau kandungan lemak yang terdapat dalam makanan tidak terlalu banyak.

“Ia juga berkesan kepada semua peringkat usia pesakit termasuklah mereka yang menghidap diabetes dan darah tinggi,” katanya.

Vardenafil, yang tergolong sebagai penyekat enzim PDE-5, saingan kepada penawar mati pucuk s edia ada – sildenafil yang dilancarkan lima tahun lalu, dan tadalafil, awal tahun ini.

Bagaimanapun, pil bulat berwarna oren yang terdapat dalam dua dos, 10 miligram dan 20 miligram hanya boleh didapati melalui preskripsi doktor.

Seperti ubat mati pucuk lain, vardenafil tidak boleh digabung dengan nitrat iaitu ubat yang digunakan untuk merawat sakit jantung.

Penawar mati pucuk yang dibangunkan oleh gabungan dua syarikat farmaseutikal gergasi Jerman, Bayer AG dan Glaxo Smith Kline dari Britain, telah pun dilancarkan di Eropah.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0511&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm#ixzz2Ax6WTUVw © Utusan Melayu (M) Bhd

Republished by Blog Post Promoter