PEREMPUAN PUN MATI PUCUK -Lagi Ramai!

PEREMPUAN PUN MATI PUCUK -Lagi Ramai!

Perempuan lebih ramai mati pucuk

Media Terkini
Oleh: Ibrahim Idris PJK
Bil 295 1 Jun 2009

Tengkera, Melaka: SUDAH lima kali penulis dijemput untuk membuat liputan seorang wanita bernama Umul Hanna atau lebih dikenali dengan panggilan Bonda, 60, yang masih sihat dan anggun. Akhirnya pertemuan itu dimakbulkan Allah.

Bila melihat wajah Bonda, penulis dapat merasakan beliau bukanlah calang-calang orangnya. Ini kerana beliau mempunyai pengetahuan yang tinggi dan pakar dalam bidang rawatan tradisional dan paling hebat, boleh merwat mereka yang mempunyai masalah kelamin terutama hubungan seks suami isteri.

.


.

Ketika berada dirumah Bonda, tiba-tiba penglihatan penulis tertumpu kepada sebuah potret seorang seorang pahlawan Melayu yang terunggul di zaman penjajah iaitu Almarhum Mat Kilau.

Dan apabila penulis bertanya kepada Bonda, dengan rendah diri beliau berkata itu adalah datuknya yang dipanggil Moyang Kechik yang telah meninggal dunia sekitar tahun 1976.

Bonda menyatakan beliau mendapat beberapa ilmu yang ditinggalkan oleh moyangnya itu. Antaranya dalam bidang rawatan tradisional yang melibatkan kencing manis, darah tinggi, jantung, angin ahmar, mati pucuk, kurang siuman dan sebagainya.

“Bonda memiliki Diploma Perawatan Kaji Saraf (DPKS) dari Jakarta, Indonesia.Bonda telah merawat kira-kira 3,000 pesakit,”. katanya.

Dari pelbagai penyakit yang dirawatinya, beliau lebih popular merawat mereka yang mengidap penyakit ‘ mati pucuk’ dan kebanyakan daripada mereka berjaya dipulihkan seperti sediakala.

‘Jangan terperanjat jika bonda katakan, kebanyakan mereka yang menghadapi masalah seperti itu adalah melibatkan kaum wanita’, di mana kira-kira 60% daripada mereka menghadapi masalah itu lebih besar daripada kaum ‘Adam’ di mana nisbahnya setakat 40% sahaja,” katanya.

Tambahnya lagi, kaum Adam yang menerima rawatan tersebut berjaya kembali menjadi ‘ayam jantan’ atau ‘ayam jaguhan’. Manakala kaum Hawa pula kembali seolah-olah seperti anak dara di mana lubang farajnya kembali sempit, berdenyut dan mampu memberikan kepuasan kepada kaum ‘pria’.

“Masalah besar yang berlaku kepada kaum Hawa ialah penyakit keputihan dan terdapat empat katogeri penyakit itu dapat dikesan iaitu keluar cecair berwarna putih, berbau busuk dan terasa sakit.

“Selain lendir seperti hingus berwarna hijau, rasa gatal dan berbau busuk sehingga dihurungi lalat, peranakan membengkak dan menonjol sehingga rahim terpaksa dipotong atau dibedah,”. Terangnya.
Bonda berkata, mereka yang mempunyai masalah seperti itu boleh terus berjumpa beliau di mana beliau turut menyediakan rempah ratus dari jenis herba-herba terpilih untuk mengubati penyakit terbabit tanpa sebarang bahan kimia dan sebagainya.

“Bonda akan terus menolong mereka secara yang terbaik melalui pengalaman sedia ada di mana Bonda telah berkecimpung dalam perubatan itu sejak bergelar anak dara lagi iaitu berusia 25 tahun,”. Katanya mengakhiri perbualan.