Nak Tahu 9 Petua Merawat Tumit Kaki Merekah

Nak Tahu 9 Petua Merawat Tumit Kaki Merekah

9 Petua Merawat Tumit Kaki Merekah

rsz_14645113_xxdl

Masalah tumit kaki merekah ini terjadi tidak mengira jantina lelaki atau perempuan. Walaupun masalah ini lebih kerap dialami oleh kaum perempuan. Biasanya tumit kaki merekah ini tidak bukanlah masalah yang serius tetapi boleh mendatangkan rasa segan dan tidak selesa kepada kita.

Bagi lelaki mungkin mereka tidak begitu mengambil serius akan masalah tumit merekah ini asalkan tidak menjadi masalah lain buat mereka seperti mendatangkan rasa sakit, kaki berbau dan tiada jangkitan kuman pada kaki mereka. Bagi yang perempuan pula, mereka biasanya lebih mengambil serius masalah kaki merekah kerana ia berkait rapat dengan penampilan mereka.

Selain itu, tumit kaki merekah juga kadang-kadang boleh dijadikan ukuran sejauh mana seseorang itu menjaga kebersihan dan kecantikan diri mereka.

 

 

Dibawah ini adalah beberapa petua tips cara merawat tumit kaki merekah atau pecah:-

  • Minum air banyak-banyak, kekurangan air boleh menjadikan kulit cepat kering dan merekah.
  • Mengawal berat badan, berat badan berlebihan akan memberi tekanan kepada kaki kita dan menjadi salah satu punca tumit kaki merekah
  • Menggunakan kasut atau selipar yang sesuai, selesa dipakai dan tidak ketat
  • Menggunakan stokin ketika menggunakan kasut
  • Sapukan getah betik di tumit kaki dan gosok perlahan-lahan. Biarkan sehingga kering sebelum anda cuci dengan air.
  • Kisar buah avocado hingga hancur dan sapukan & gosokan pada tumit kaki yang merekah atau pecah. Biarkan sehingga kering sebelum cuci dengan air bersih.
  • Menggunakan asam keping yang dimasukan ke dalam besen yang diisi dengan air suam. Kemudian anda rendamkan sahaja kaki anda dalam besen tersebut untuk jangka masa sekitar 30minit.Cara ini juga boleh membantu menghilangkan bau kaki anda.
  • Sapukan minyak zaitun pada bahagian tumit kaki yang merekah setiap hari.
  • Gunakan nasi yang anda makan itu dan lenyekan di bahagian tumit kaki yang bermasalah.

 

Anda juga boleh pergi ke kedai farmasi dan membeli krim untuk merawat masalah tumit kaki merekah jika anda malas untuk gunakan cara merawat tumit kaki merekah yang disenaraikan di atas.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *