Search
Friday 21 September 2018
  • :
  • :

Masalah Suami Hilang Nafsu Seks

Masalah Suami Hilang Nafsu Seks

Suami Hilang Nafsu

Image result for man no sexual mood

Label: Pakar Sakit Tuan, Soal-Jawab Dr Ismail Tambi, Tiada Nafsu
 
 SOALAN:
SAYA sudah berkahwin sembilan bulan, tetapi tidak pernah sekalipun ‘bersama’ suami. Menurut ‘ustaz’ yang cuba menyelesaikan masalah kami, suami terkena sihir tahap tinggi. Saya yakin selain masalah sihir, ada kemungkinan masalah psikologi antara punca suami hilang nafsu terhadap saya. Saya juga yakin dia bukan tidak cintakan saya kerana ketika hendak kahwin dulu, suamilah yang paling beriya-iya. Bolehkah doktor memberi pendapat mengenai jalan terbaik untuk saya dan suami ambil bagi menyelesaikan masalah kami?
.
Wani Effendi,
Kuala Lumpur

JAWAPAN:
Tidak dinafikan ada banyak kes pasangan diijabkabul tidak dapat melangsungkan hubungan keintiman seksual.
Apa yang berlaku ialah ketika hendak bersama, isteri ‘menutup’ atau mengemut lubang najis dan lubang kencing yang secara tidak langsung menutup pembukaan farajnya. Ini menyukarkan suami melakukan seks penetratif.

Jika suami gagal banyak kali, perasaan ghairahnya menurun dan dia hilang nafsu syahwatnya. Saya dapati kedua-dua pihak kurang arif teknik bersetubuh. Perasaan gementar menyebabkan pengeluaran hormon adrenalin berlaku.
Ini mengakibatkan jalanan darah dalam otot zakar terencat, ereksi yang membina langsung kendur.

Jika berlaku kepada wanita, iaitu dia kemut dan mencengkam lubang najis dan kencing, pembukaan farajnya tertutup.
Masalah ini dapat diatasi apabila pasangan sedar dan bersama-sama berkerjasama untuk mengatasinya.

Dipetik dari;
http://www.hmetro.com.my/