Search
Tuesday 4 December 2018
  • :
  • :

Makanan Yang Pantang Dimakan Pesakit Kencing Manis

Makanan Yang Pantang Dimakan Pesakit Kencing Manis

Makanan Yang Wajib Elak Dimakan Pesakit Kencing Manis


Hampir semua orang tahu mengenai piramid makanan. Ia merupakan sejenis bimbingan yang terdiri daripada beberapa kategori makanan yang dikatakan mampu menyumbang nutrien yang diperlukan oleh tubuh.

Piramid makanan diajar sejak kita dibangku sekolah lagi dan boleh dijadikan sebagai panduan senarai makanan untuk semua orang terutama pesakit kencing manis.

Pastinya makanan manis, berlemak disarankan untuk anda “berehat” memakannya.

Ini makanan yang TIDAK BOLEH diambil oleh pengidap kencing manis dan mereka perlu mengawal kadar gula dalam darah supaya tidak memburukkan lagi kesihatan.

1) Makanan yang mengandungi karbohidrat sederhana

– Kandungan karbohidrat sederhana boleh meningkatkan kadar gula darah jika sampai dimakan oleh pesakit kencing manis.

– Contoh makanan yang mengandungi karbohidrat sederhana adalah seperti beras putih, roti yang dibuat dengan bahan baku tepung putih, kentang goreng, dan juga bijirin.

2) Sayur-sayuran yang berbahaya

– Jenis sayur-sayuran yang bukan termasuk makanan untuk diabetes adalah sayur-sayuran yang dibungkus dalam tin dan juga sayur-sayuran yang dimasak menggunakan keju, sos, dan mentega.

3) Buah yang memburukkan lagi keadaan kesihatan pesakit

– Buah-buahan yang sudah diolah menjadi manisan mahupun masin, buah-buahan yang dibungkus dalam tin, dan juga buah-buahan yang mempunyai nilai indeks glisemik tinggi adalah jenis buah yang sebaiknya dielakkan.

– Contoh buah-buahan yang mempunyai nilai indeks glisemik tinggi adalah seperti pisang, kelengkeng, rambutan, kurma, nangka, mangga, durian, dan juga duku.

4) Makanan sumber protein yang berbahaya

– Makanan tinggi protein seperti daging lembu, dan daging kambing sebaiknya tidak digunakan.

– Semua jenis daging berwarna merah memang mempunyai kandungan protein tinggi, namun selain itu makanan tersebut juga mempunyai kandungan lemak yang sangat tinggi.

5) Makanan berlemak

– Contoh makanan yang berlemak adalah seperti salad dressing dan mayonnaise.

6) Jenis susu tertentu beserta produk olahannya

– Produk olahan susu seperti yogurt dan aiskrim juga perlu elak diambil. Produk olahan susu tersebut mempunyai kandungan lemak yang cukup tinggi.

7) Jenis minuman yang sangat berbahaya jika dimakan oleh pesakit kencing manis

– Contoh minuman yang berbahaya bagi pesakit diabetes tersebut adalah teh manis, kopi manis, minuman berkarbonat, minuman bertenaga.

Jadi untuk mengawal kadar gula, anda perlulah jaga pemakanan, bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.