Search
Tuesday 4 December 2018
  • :
  • :

Khasiat Pokok Kucing Galak

Khasiat Pokok Kucing Galak

 

 

KHASIAT KUCING GALAK

Antara khasiat pokok kucing galak ialah:

1. Boleh merawat penyakit kulit

2. Merawat ulser mulut
3. Meningkatkan tenaga batin

4. Menambah kekuatan badan.

Di lndia dan juga Afrika, ia digunakan sebagai tumbuhan perubatan. Di Afrika Barat daun dimasak dan dimakan sebagai sayur-sayuran. Dalam tradisional Tamil siddha ia dipercayai untuk memberi nafas baru badan. Pokok ini juga dimakan oleh kucing untuk menyembuhkan sembelit dan senak. Kucing mencari tumbuhan ini dan menguyah daun dan akarnya.

Contoh Penggunaan:

1. Kutu Air, kudis, pelbagai penyakit kulit, sakit mulut:

Pokok kucing tanpa akar direbus dengan 3 gelas air hingga mendidih selama 15 minit. Cuci bahagian yang dijangkiti dengan air suam ini.

2. Sembelit:
Sepokok kucing termasuk akarnya dibasuh dan direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit dan bila suam diminum (tapis terlebih dahulu).

3. Perut memulas, penyakit pendarahan 30-60 pokok kucing kering termasuk akar dibasuh dan direbus dengan 3 gelas air hi

ngga tinggal 1 gelas. Selepas sejuk, air ditapis dan diminum 1/2 gelas waktu pagi dan 1/2 gelas waktu petang. Lakukan sshingga sembuh.

4. Luka, bisul, radang kulit:

Tumbuk pokok kucing tanpa akar beserta 1 sudu teh gula pasir hingga lumat. Tampal bahan tersebut di bahagian yang sakit.