Search
Tuesday 20 November 2018
  • :
  • :

Kerana Suara Halus Bapa Sanggup Tetak Anak 5 Tahun Sampai Mati

Kerana Suara Halus Bapa Sanggup Tetak Anak 5 Tahun Sampai Mati

Bapa Sanggup Tetak Anak Sampai Mati Akibat Hasutan Suara Halus

Label: Kerana Suara Halus Bapa Sanggup Tetak Anak 5 Tahun Sampai Mati

Sungguh menyayat hati apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun mati akibat ditetak di kepala dan tangan dengan parang oleh bapanya sendiri dalam kejadian di rumah di Blok 11A Flat Puchong Permai, Subang Jaya, petang semalam.

bapa-tetak-anak-sampai-mati-akibat-hasutan-suara-halus

Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang tidur di atas tilam di bahagian ruang tamu rumah mereka di tingkat 4 flat mereka sebelum suspek yang merupakan bapanya berusia 35 menetaknya sebanyak 3a kali dengan parang.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, kejadian itu disedari seorang penduduk yang menyangkakan kanak-kanak itu jatuh dari tingkat 4 flat berkenaan sebelum melaporkannya pada polis pada 5.45 petang.

Menurutnya, hanya bapa mangsa yang bekerja sebagai anggota Rela berusia 35 tahun berada di rumah ketika kejadian.

Beliau berkata, pihak polis pada awalnya menerima panggilan orang awam mendakwa terdapat seorang kanak-kanak terjatuh dari tingkat empat pangsapuri kos rendah berkenaan dalam keadaan berlumuran darah.

“Selepas membunuh mangsa, suspek dikatakan meletakkan mayat anaknya itu di luar pintu rumah sebelum dia mengurungkan diri di dalam.

“Polis yang menjalankan siasatan mendapati mangsa sebenarnya mangsa pembunuhan selepas menemui kesan tetakan pada kepala dan pergelangan tangan kanannya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, suspek mengaku membunuh anaknya selepas mendakwa mendengar suara halus menyuruhnya berbuat demikian.

“Suspek mengaku dapat ‘arahan’ bunuh anaknya untuk jadi ‘king’,” katanya mangsa merupakan anak tunggal.

“Siasatan mendapati suspek adalah peminum tegar air ketum selain saringan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine (syabu).

“Suspek sudah ditahan dan kami turut menemui parang digunakan dalam kejadian itu. Kes dianggap selesai,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.