GAMBAR KUKU AARON AZIZ

Aaron Aziz Jawab Isu Kuku, Itulah Kuku Jantan!

Apa sahaja yang berkaitan dengan Aaron Aziz  kan menjadi isu bualan hangat di internet, baru reda dengan isu nama sebenar dan …kini isu kuku tangannya yang dikatakan buruk itu pun menjadi bahan dan perbincangan di ruangan gosip dan forum dalam internet.

.

kad pengenalan sebenar Aaron aziz

.

Segalanya bermula apabila Aaron menunjukkan kad pengenalan sebenarnya pada jurugambar sebagai reaksi kepada gambar kad pengenalan palsunya yang sedang tersebar luas.Apabila jurugambar mengambil gambar kad pengenalannya itu secara ‘close up’, maka ‘rupa bentuk’ jarinya pun terserlahlah.

Gambar close up menunjukkan kuku Aaron yang jelas kukunya kelihatan  seakan-akan tidak ‘diuruskan’ dengan rapi. Dan bila seseorang artis itu popular, maka kukunya pun telah dijadikan ‘bahan’ untuk diperkatakan dalam internet.

Mungkin menyedari yang kukunya itu sedang diperkatakan, Aaron dengan selambanya menjawab isu itu dalam twitternya.

 

Petikan Twitter Aaron Aziz:-

” Senyum! Tak perlu kata apa apa! Senyum! Itu lah di panggil kuku jantan hehehehe.

Tangan dan jari memang byk luka luka. Maklumlah kuku KL Gangster2 yg baru habis ni.”

 

Tidak cukup dengan itu, Aaron juga memuat turun gambar jari kuku tangannya yang terbaru buat tatapan peminatnya.

.

GAMBAR KUKU AARON AZIZ

Republished by Blog Post Promoter