Search
Tuesday 4 December 2018
  • :
  • :

Darah Beku Boleh Membawa Maut

Darah Beku Boleh Membawa Maut

Bahaya Darah Beku, Boleh Membawa Maut

Pernahkah anda terfikir bahawa darah beku ini boleh membawa maut? Di Malaysia, kira-kira satu pertiga atau 34 peratus daripada kematian tromboembolisme vena (VTE) berpunca daripada embolisme pulmonari iaitu maut secara tiba-tiba. Antara gejala embolisme pulmonari termasuk sesak nafas, sakit dada dan kadar denyutan jantung pantas serta sesetengah orang juga mungkin mengalami batuk berdarah.

Darah beku ini biasanya datangnya dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah.

Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu daripada tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru. Bergantung pada tahap penyakit, embolisme pulmonari yang kronik boleh menyebabkan pesakitnya meninggal dunia dalam tempoh 30 minit selepas simptom muncul.

INDIVIDU BERISIKO

Selain mereka yang pernah melakukan surgeri, kajian Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand (NZ) dan disiarkan dalam Jurnal Perubatan NZ juga menyebut bahawa masalah ini turut dihadapi oleh golongan:

  •   Staf pejabat yang duduk terlalu lama.
  •   Staf industri maklumat.
  •   Staf pusat panggilan.
  •   Penumpang kapal terbang dengan perjalanan jauh.
  •   Pengguna komputer yang menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer.

SIMPTOM

  • Cepat penat
  • Mengah
  • Sakit dada
  • Denyutan nadi laju
  • Lemah di bahagian kaki
  • Kurang selera makan
  • Batuk
  • Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif

PENCEGAHAN

  • Pakai stoking untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (DVT). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung.
  • Banyakkan gerakan terutama di bahagian kaki.
  • Elakkan meminum air batu (ais).
  • Elakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk.
  • Sentiasa meminum air panas.
  • Amalkan bersenam.