Betul Ke Makan Ubat Boleh Pulihkan Mati Pucuk?

Betul Ke Makan Ubat Boleh Pulihkan Mati Pucuk?

Mati Pucuk Sembuh Selepas Makan Ubat???

Betul Ke Makan Ubat Boleh Pulihkan Mati Pucuk?

Label: Ubat Mati Pucuk, rawatan mati pucuk, terapi mati pucuk, pam mati pucuk, herba mati pucuk, masalah mati pucuk, penyakit mati pucuk, lelaki mati pucuk, suami mati pucuk, mati pucuk kencing manis, mati pucuk diabetes, mati pucuk darah tinggi, mati pucuk buah pinggang

 

Related image

 

Saya pasti ramai yang mengalami masalah Mati Pucuk tertanya-tanya samada makan ubat boleh menyembuhkan masalah mati pucuk. Jawapannya: Tidak. Saya bukanlah pakar dalam bidang perubatan tetapi mengikut pengalaman dan pandangan orang yang pernah mengalaminya kebanyakannya tidak berhasil. Pada mulanya nampak memberangsangkan tetapi setelah mencubanya untuk kali kedua dan ketiga hasilnya negatif.

Apa yang menakutkan lagi adalah mereka yang kerap mengambil ubat-ubatan yang kononnya boleh menyembuhkan masalah mati pucuk mereka mengalami pula masalah lain yang lebih serius. Ini adalah kerana interaksi ubat-ubatan yang mereka ambil seperti ubat sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan lain-lain memberi kesan negatif kepada tubuh badan. Bagi mereka yang tidak mengalami sebarang penyakit serius tetapi mengambil ubat-ubatan rawatan mati pucuk ini pula bakal berhadapan dengan masalah yang lebih serius iaitu masalah buah pinggang.

Sebab itu sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan perlu mendapat ujian dari doktor terlebih dahulu. Dapatkan ubat yang dikawalselia oleh kementerian kesihatan. Syarikat Pfizer telah berbelanja berjuta-juta ringgit untuk menghasilkan produk yang boleh membantu lelaki yang mengalami masalah mati pucuk bernama Viagra. Namun secanggih mana pun teknologi mereka ianya tetap perlukan preskripsi dari doktor sebelum pesakit boleh mengambilnya. Tidak semua pengidap masalah mati pucuk boleh menggunakannya. Ianya mengandungi dadah terkawal Sildenafil Citrate yang memberi kesan sampingan (side effect)  kepada pengguna. Jadi jangan pandai-pandai beli Viagra atau sebarang produk yang mengandungi Sildenafil secara online (atas talian) tanpa merujuk kepada Doktor atau Kementerian Kesihatan Malaysia KKM

Untuk pengetahuan anda boleh dikatakan kebanyakkan produk ubat-ubatan samada Tradisional atau Moden yang dijual di Malaysia samada secara atas talian (online) atau di kedai-kedai maupun di tepi jalan mengandungi Dadah terkawal dan berjadual seperti Sildenafil, Tadalafil, Vardenafil dan lain-lain. Ianya sangat memudaratkan kepada para pengguna lebih-lebih lagi bagi mereka yang membelinya dari sumber yang tidak sahih. Sedangkan viagra yang terkenal pun perlu mendapat pemantauan dari doktor inikan pula ubat-ubatan yang dibeli secara online atau kedai tepi jalan.

Apabila saya bertanya kepada mereka yang telah mencuba produk seperti ini mereka akan nasihatkan saya untuk tidak mencubanya. Antara simptom yang mereka alami ialah denyutan jantung terlalu pantas, muka merah padam, pening kepala yang teramat sangat, biji mata seperti hendak terkeluar. Ini baru simptom luaran. Bagaimana pula dengan organ dalaman? Kalau berani cubalah!

Disini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk menasihati orang ramai supaya tidak membeli sebarang produk ubat-ubatan untuk mengatasi masalah mati pucuk tanpa usul periksa. Rata-rata kebanyakkan penjual hanya mempunyai sedikit sahaja ilmu tentang produk yang mereka jual. Yang penting duit masuk. Mereka hanya menggunakan kata-kata atau informasi yang telah disusun dan diolah oleh supplier mereka. Ada yang sanggup mengatakan yang produk mereka 100% herba sedangkan ianya mengadungi bahan kimia terlarang dan merbahaya. Kesian kepada pengguna dan juga peniaga kecil-kecilan yang cuba berniaga untuk meningkatkan taraf hidup keluarga. Yang untung adalah supplier atau pengeluar produk tersebut. Selepas itu mereka pun lesap. Kemudian keluar syarikat dan produk baru.

Ada juga produk yang telah mendapat kelulusan KKM. Tetapi yang dijual bukan seperti sampel yang dihantar untuk dianalisa oleh KKM. Ini sangatlah tidak jujur. Jangan memperjudikan nyawa seseorang kerana sikap anda yang gila duit.

Tedapat pelbagai lagi alternatif untuk mereka yang mengalami masalah mati pucuk selain dari mengambil ubat-ubatan. Antaranya ialah:-

  1. Alatan Vakum atau Pam Vakum khas untuk mati pucuk (Medical Grade)
  2. Suntikan Alprostadil
  3. Pembedahan – jalan terakhir

Ini adalah antara penyelesaian yang disarankan oleh pakar dan diambil oleh lelaki yang bermasalah mati pucuk di luar negara. Bagi mereka Vacuum Devices (Alatan Vakum) adalah pilihan mereka yang utama kerana ianya boleh dikategorikan sebagai cara yang mudah, kos efektif, tidak menyakitkan dan yang paling penting tiada kesan sampingan. Sesuai bagi mereka yang tidak boleh mengambil ubat-ubatan. Ianya banyak membantu mereka yang mengalami masalah mati pucuk akibat pengaliran darah yang tidak lancar pada zakar, kencing manis ( diabetes), pembedahan prostat, pembedahan kanser kolon dan juga mati pucuk disebabkan oleh kemurungan dan tekanan hidup.

Untuk suntikan dan pembedahan mungkin merupakan jalan kedua dan terakhir kerana ianya menyakitkan dan melibatkan kos yang tinggi.

Di Malaysia akhir-akhir ini telah banyak kesedaran timbul di kalangan lelaki atau suami yang menghidapi masalah mati pucuk tentang bahaya ubat-ubatan yang tidak berdaftar dan kesan terhadap organ dalaman mereka seperti jantung, hati dan buah pinggang. Mereka telah mula beralih kepada alternatif lain iaitu menggunakan Alatan Vakum bagi mengurangkan penderitaan mereka selama ini. Kesedaran ini timbul kerana inisiatif pihak KKM dalam menyampaikan informasi yang jelas melalui media sosial di mana ianya mudah untuk disampaikan kepada masyarakat di setiap pelusuk di Malaysia ini.

Bagi mengakhiri artikel ini saya menyeru kepada anda diluar sana supaya jangan sesekali terjebak dengan ayat-ayat manis dari pengeluar produk untuk memancing anda membeli produk mereka. Sekiranya anda ingin juga mencuba ubat-ubatan bagi menyelesaikan masalah Mati Pucuk ( ED- Erectile Dysfunction) sila dapatkan nasihat Doktor terlebih dahulu. Tidak semua orang boleh makan ubat ini walaupun dari jenama terkenal Viagra.

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *