Search
Tuesday 4 December 2018
  • :
  • :

BAHAYA UBAT MATI PUCUK

BAHAYA UBAT MATI PUCUK

BAHAYA UBAT MATI PUCUK

Jangan Cuba Makan Ubat Mati Pucuk. Kononnya nak memulihkan. Akhirnya memudaratkan. Carilah Alternatif lain…

 

Image result for bahaya ubat kuat

 

Sejak dari dulu lagi rakyat Malaysia memang terlalu percaya dan ghairah tentang “kuasa” ubat, pil, kapsul atau kopi campuran yang boleh membantu memulihkan masalah mati pucuk di kalangan lelaki berumur 40an dan keatas. Sedarlah anda semua bahawa ini hanya satu “mitos” yang dicanang sejak turun temurun. Mereka hanya memikirkan formula bagaiman ingin menyedut wang anda semua. Mereka tahu yang anda sedang berada dalam situasi terdesak. Dengan sedikit ayat yang manis sahaja mampu membuatkan anda secara relanya memberikan wang anda kepada mereka ini. Dan jangan lupa pada masa yang sama anda telah menyerahkan tahap kesihatan anda kepada “doktor” yang tidak bertauliah ini.

Perlu diingat sedangkan syarikat yang mengeluarkan pil Viagra juga menasihatkan kepada pengguna agar pergi berjumpa doktor yang bertauliah bagi menentukan tahap kesihatan mereka sebelum dibenarkan menggunakan ubat tersebut.

Ada pengeluar yang lebih teruk menipu pelanggan bulat-bulat dengan mengatakan produk mereka terdiri dari 100% herba. Tahu tak produk yang diperbuat daripada herba tidak memberikan kesan yang segera apabila dimakan? Ianya bersifat sebagai supplement atau makan tambahan kepda tubuh badan seseorang. Sekiranya anda telan 2-3 biji pil sekali pun tidak mendatangkan bahaya disbbkan ianya bukan bersifat dadah. Cuba anda makan ubat atau serbuk kopi campuran yang dikatakan mampu merangsang syahwat dalam masa 30min – 1jam melebihi dos yang ditetapkan. Anda bakal menjadi penghuni ICU di hospital atau lebih teruk lagi anda boleh mati. Adakah disebabkan keghairahan anda untuk menjadi perkasa kembali sanggup menggadaikan keseluruhan kesihatan anda? Fikir-fikirkanlah……

Ada juga pengeluar yang cuba mengaburi pelanggan denga mewarnakan produk mereka seakan-akan warna herba iaitu coklat keperang-perangan. Ini juga agak keterlaluan. Pengambilan produk seperti ini bakal merosakkan buah pinggang dan hati anda. Bila organ ini sudah rosak adakah anda masih mempunyai keinginan seksual?

Secara umumnya, lemah tenaga batin atau lebih dikenali sebagai mati pucuk adalah keadaan yang merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks. Dalam istilah perubatan dikenali sebagai ‘impotensi’. Mati pucuk ialah kecacatan yang serius yang di mana ia boleh meruntuhkan sesebuah institusi perkahwinan kerana pasangan tidak mendapat zuriat.

Menurut kajian dan sumber yang boleh dipercayai, pada masa ini lebih kurang tiga juta rakyat Malaysia mengalami masalah mati pucuk ( erectile dysfunctionED).

Simptom mati pucuk misalnya seseorang lelaki tidak berupaya untuk mencapai dan mengekalkan ketegangan, ketegangan tidak memadai untuk penetrasi dalam hubungan seks atau ketidakupayaan dalam mengekalkan ketegangan selepas penetrasi untuk mencapai kepuasan hubungan seks.

 

Faktor masalah ereksi

Perjalanan darah boleh terganggu akibat pengerasan arteri (arteriosclerosis), diabetes, tekanan darah tinggi atau tahap kolesterol dalam darah yang luar biasa tingginya. Diabetes ( kencing manis) adalah satu-satunya masalah utama yang boleh dikaitkan dengan lemah tenaga batin.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, antara sebab mati pucuk adalah seseorang itu mengalami penyakit mental (kemurungan dan kebimbangan), kecederaan pada otak dan saraf tunjang, masalah kekurangan paras hormon testosterone, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang, penyakit Parkinson, angin ahmar, komplikasi pembedahan kelenjar prostat atau pundi kencing, kesan sampingan ubat-ubatan, cara hidup yang tidak sihat seperti merokok dan kurang aktiviti fizikal.

Ubat yang diberikan doktor untuk merawat penyakit kencing manis, sakit jantung dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan lemah tenaga batin apabila diambil secara berterusan. Oleh itu, adalah baik jika pesakit berbincang dengan doktor kesan sampingan sebelum mula mengambilnya.

Pesakit dengan masalah jantung sering diberikan ubat yang mengandungi nitrat. Bahan aktif dalam ubat mati pucuk (seperti Sildenafil Citrate) mampu berinteraksi dengan nitrat dan menaikkan tekanan darah ke aras berbahaya dan boleh membawa maut.

Cara atasi masalah ini

Dengan kemajuan teknologi perubatan yang ada pada masa kini, kita mempunyai pilihan yang pelbagai seperti merawat menggunakan ED pam vakum, terapi suntikan, farmakoterapi melalui saluran kencing dan pembedahan implan zakar. Ramai di kalangan lelaki rakyat Malaysia sudah mula beralih dari menggunakan ubat-ubatan kepada cara yang lebih efektif. Buat masa ini kebanyakkanya beralih kepada ED pam vakum berbanding suntikan dan pembedahan kerana agak menyakitkan dan kosnya agak tinggi. Pam vakum Mati pucuk ini dikira yang paling selamat dan menjimatkan untuk jangkamasa panjang. Anda perlukan sedikit latihan untuk mendapatkan teknik yang sesuai dan serasi dengan anda.

Jika dilihat pada senario ini, seharusnya masyarakat kita terutama golongan yang berkahwin sewajarnya mengambil serius untuk mengatasi masalah ini dari awal.

Ini kerana dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan menghindari aktiviti yang boleh menyumbang kepada masalah mati pucuk, adalah sangat baik seperti kata pepatah ‘mencegah lebih baik daripada merawat’ dalam konteks kerohanian rumah tangga.