Apa Beza Mati Pucuk dan Pancut Awal

Apa Beza Mati Pucuk dan Pancut Awal

Perbezaan antara mati pucuk dan pancut awal

Apa Beza Mati Pucuk dan Pancut Awal?

Terdapat perbezaan yang ketara antara mati pucuk (Erectile Dysfucntion) dan pancut awal (Premature Ejaculation). Video ringkas dibawah dihasilkan oleh syarikat Menarini Asia yang mana mereka menganjurkan kempen kesedaran pancut awal melalui laman web mereka iaitu www.controlpe.com.my. Kempen ini adalah salah satu usaha membantu kaum lelaki yang mempunyai masalah pancut awal.

Menurut kajian, 1 dalam 3 orang lelaki mempunyai masalah pancut awal dalam hidup mereka dan ini memberi kesan buruk kepada pasangan suami isteri. Tetapi masalah ini masih boleh dirawat.

 

Perbezaan pancut awal dan mati pucuk

Ketegangan zakar

Pancut awal: Tiada masalah untuk tegang dan bersedia untuk hubungan intim
Mati pucuk: Sukar untuk tegang atau mengekalkan ketegangan tersebut bagi melakukan hubungan intim

Mengekalkan ketegangan

Pancut awal: Zakar kekal tegang sehinggalah air mani terpancut kemudian ianya lembik
Mati pucuk: Lembik sebelum pancut atau sebelum hubungan intim berakhir.

Pancutan air mani

Pancut awal: Pancutan berlaku akibat lemahnya kawalan oleh lelaki dan ini menyebabkan perasaan tertekan.
Mati pucuk: Pancutan mungkin dilakukan dengan cepat kerana dikhuatiri zakar hilang ketegangan atau mungkin juga pancut ketika zakar lembik.

Siapa yang terkesan

Pancut awal: Biasanya berlaku kepada lelaki pelbagai umur.
Mati pucuk: Banyak berlaku pada lelaki yang sudah berumur




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *