Search
Wednesday 5 December 2018
  • :
  • :

ALARM PADLOCK – Cara Mudah Elak Pecah Rumah

ALARM PADLOCK – Cara Mudah Elak Pecah Rumah

SMART PADLOCK – Mangga Penggera Keselamatan

Label: alarm padlock, smart padlock, mangga penggera, mangga penggera keselamatan, jenayah pecah rumah, tips elak pecah rumah, sistem penggera keselamatan rumah, kunci ada siren, siren padlock, mangga siren
 

Apa khabar semua? Hari ini entry aku lain sikit. Asyik cerita bab seks dan rumahtangga, harini aku nak citer sket pasal berkaitan dengan keselamatan rumahtangga. Kenapa tetiba pulak nak cerita pasal bab teknologi nie? Jawapannya mudah sekali. Cuba bayangkan korang sedang di alam berahi bersama isteri korang. Sedang asyik memadu kasih dalam rumah sambil ketawa-ketawa berahi, tiba-tiba ada orang bawak pisau dan tali masuk bilik tido korang. Korang jadi begitu kaget. Mana nak tutup dgn selimut, mana nak cover yang tengah mencodak. Kalau mamat tu baik hati dia akan suruh wife korang pakai kain baju. Mana yang agak-agak tengah “high” makan pil ekstasi mesti wife korang jadi mangsa. Aku malas nak cerita apa yang berlaku. Kalau dalam filem arahan A.R Badul dulu-dulu mesti ada gambar air hujan jatuh kat daun keladi atau gambar tiang pelantar cerucuk tengah kena hentak.

alarm-padlock-mangga-penggera

Jenayah pecah rumah dan menjadi semakin serius. Kenapa yer? Mungkin kos hidup sudah meningkat naik tapi hasil pendapatan kadang-kadang soru pun mis. Mereka ini menjadi semakin nekad. Apa nak jadi jadilah. Kerana desakan hidup mereka sanggup bergadai nyawa tapi pada jalan yang tak sepatutnya. Jadi orang yang kaya macam tuan-tuan semua banyakkanlah bersedekah moga-moga kes seumpama ini tidak terjadi kepada tuan sekeluarga.

Kenapa mereka merompak? Bukan sebabnya korang kaya raya. Kadang-kadang bila tengok gambar dalam internet rumah yang tak macam kaya langsung pun kena redah. Kenapa yer? Ini adalah kerana kita semua memberi mereka peluang. Peluang ini terjadi atas kelalaian kita. Jadi balik-balik kita juga lah yang bertanggungjawab terhadap diri kita dan keluarga. Mesti korang kata aku dah kunci pintu kaw-kaw tapi kena pecah masuk juga. Peluang kali nie lain sikit. Mungkin peluangnyer dalam bentuk korang menunjukkan akan kekayaan masing-masing. Kereta sampai 3 biji, mewah-mewah pulak tu, gelang emas mengalahkah rantai pintu dan lain-lain lagi. Jadi peluang nie ada macam-macam bentuk. Terpulang kepada kebijaksanaan penjenayah. Siapa pantas berfikir dia kedepan.

Smart padlock yang aku maksudkan ini sistem penggera yang paling tidak korang mesti guna. Letak 1 kat grill depan dan 1 lagi kat pintu belakang. Bila ada orang nak umpil grill tu nanti alarm kat padlock tu akan berbunyi. Macam tu ler ceritenye. Kalau korang rajin google kat internet korang pasti terjumpa pasal masalah mangga (lock). Senang sangat nak digodam. Pakai 2 set besi keras yang dah di modified terus boleh buka. Kadang-kadang pakai paper-clip pun boleh buka.

godam mangga

Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal Smart Padlock nie boleh ler layari laman web ini :-

alarm-padlock-02